Holla.
Ini sambungan dari pada | Part 2 | tentang ""Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil"



|| Part 1 || Part 2 || Part 3 ||

--------------------------------------------------------

AKTIVITI DI KAMPUS
- tak busy
- depends on gender dan individu
            - lelaki - petang memang full court, 

- aktiviti koko berkupon (UPDATE : sekarang dah tukar jadi merit koko dengan scan student card)
            - kumpul kupon dalam kad koko 
            - student selalu berebut sebab tak banyak event yang dibuat dengan kapasiti yang besar
                        - masalah lokasi, masa

- aktiviti kelab 
            - pacc
            - film circle
            - kelab kelab lain

- hari hari aktiviti kolej
            - hari jualan
            - pameran
            - karnival sukan pusat asasi
            - the asasi games - semua uni. ada asasi
            - aktiviti lain 
                        - sambutan kemerdekaan
                        - sambutan hari raya

- aktiviti kelas
            - setiap kelas ada dana dia sendiri
            - boleh jalan jalan
            - jangan buat sem 2 - high demand

- bbq 
            - mohon kebenaran pada pihak uni
            - sewa peralatan pusat islam

antara rebutan ramai sebab berkupon

WEEKEND 
- bebas - tertakluk kepada uitm hanya pada weekdays
- boleh balik kalau rumah dekat
- disarankan untuk tidak balik jika ada program universiti (tapi ramai je balik selalu)



CUTI BAGI PELAJAR ASASI
- disebabkan asasi hanyalah 1 tahun sahaja, jangan expect cuti banyak ya
- kebanyakan sem 1 ada banyak cuti sebab banyak perayaan banding sem 2
- secara rasmi cuma ada 2 cuti sahaja (tidak kira cuti perayaan);
            cuti midsem - 1 minggu
            - cuti semester - 3-4 minggu


- tapi weekend adalah hari kebebasan untuk pelajar, so masih la korang ada cuti setiap minggu



KOMUNIKASI
- laman web pusat asasi (https://asasi.uitm.edu.my/)
- page / group facebook
- twitter
- whatsapp group
            - paling penting
            - akan ada 4 group utama setiap course
                        - akan ada keyboard warrior dan wartawan univ. selalunya
- group kelas
            - group rasmi pihak uni-class rep

notis
            - ditampal di papan kenyataan di kolej kediaman




selalu memang akan ada setiab batch group whatsapp besar dia macam ni


HUBUNGAN ANTARA PELAJAR ASASI
- disebabkan ada 4 asasi berbeza, memang memasing ada perangai sendiri dan selalu bergaduh

stereotype student (ni apa yang biasa orang nampak.. haha) : 

            sains - baik, nerd, patuh pada arahan, sopan (cewaahh)
           
engine - macam budak sains lebih kurang, tapi banyak nakal sikit lah sebab banyak lelaki 
           
law - hispter, fashionable, mandiri, bersemangat, yakin melontarkan pandangan, idola teruk
           
tesl 
                        - terlebih "meriah", selalu gaduh dengan budak law dan satu kampus
                        - kalau nampak ada bising, memang orang label sebagai "budak tesl"
                        - suka buat program dalam kampus - paling bagus untuk kutip kupon sebab diorang ni
                        - paling berani dan high confident level, tak sah kalau tak pelik dekat tempat umum


LIFE SEBAGAI PELAJAR ASASI
Agak sibuk sebab hanya setahun, dengan nak habiskan silibus, siapkan tutorial, assignment semua, tapi dah nama pun belajar kan... so far kalau pandai manage masa, semua okay sahaja sebab dalam sibuk pun, mostly budak Asasi memang tak lekang dari berhibur.

Ada je masa nak berhibur petang petang, beriadah, berjimba hujung minggu, malam,, asalkan segala kerja disiapkan, tak ganggu study dan orang lain,, dan tak effect result exam


CERITA SERAM DENGKIL
Ha yang ini pun penting juga semua yang nak masuk dengkil tu tahu, first sem memang macam macam korang akan dengar dari orang luar dan orang dalam kampus. Relaks je sebab benda ni kat mana-mana ada.
Dia ikut rezeki kau, macam batch 16/17 dia kena kat bilik dia tapi bila batch 17/18, kena kat bilik lain pula. So kau jangan la nak fikir bukan-bukan kalau bilik kau ada 'sejarah' cuma waspada saja. 

Memang ada kawasan kawasan panas yang dah diketahui oleh ustaz-ustaz Dengkil dah. So jangan nak cuak sebab memang ustaz ustaz semua duduk kat kuartes pensyarah bawah koleh Dahlia.
Memang awal awal selalu Dahlia akan heboh sebab biasalah bila rumah dah kosong lebih 3 bulan, kemudian yang masuk wanita pula, memang dia suka la kacau, Tualang pun ada ceritanya, jangan nak rasa selamat sangat wahai jejaka jejaka Dengkil, so far banyak juga lah yang kena kacau. Macam aku kata, dia ikut nasib kau. 

Selama aku kat Dengkil aku tak pernah kena apa apa lagi walaupun kawan aku ada yang dah kena kat bilik kami sendiri. Paling extreme yang aku nampak cuma orang histeria kat anjung dengkil waktu dia buat kerja berkumpulan. Tu jelah.
Yang extreme dengar terpekik terlolong tu aku tak pernah kena lagi kecuali yang melalak dengan waras memekak tengah malam tu selalu. Awal awal bila masuk lepas cuti panjang banyakkanlah membersihkan bilik tu dengan ayat ayat suci dan peribadi yang mula. 

ni paling tak nak jumpa la.

APA YANG MENARIK TENTANG DENGKIL ?
- langit dengkil
Ya memang satu satunya universiti malaysia yang ada langit hanyalah Dengkil.
Aku pun tak tahu lah kenapa terkenal sangatt langit dengkil padahal bila masuk dengkil aku tak sempat pun nak nikmati langit dengkil kecuali pada minggu-minggu terakhir nak habis asasi sebab tahu nanti rindu kawasan kampus

- tempat tempat yang sangat unik
ha ni korang kena explore sendiri tempat unik ni sebab kalau sebarkan kat public ni tak best lah, ada tempat nama dia unik, ada tempat yang memang terkenal dengan aktiviti yang student buat kat situ...

- makanan murah
- view lawa
- kawasan yang dekat dengan tempat nak berjimba
- kau jumpa merata orang baru dan orang lama yang berubah jadi orang baru
- tempat yang single jadi tak single dan yang couple jadi single
- macam macam masalah yang kau jumpa dan kau beradaptasi dengan masalah itu (mutant).. 
- peniaga anjung dengkil yang havoc nak mateeyy
kau baik baik la dengan dorang, banyak manfaat korang dapat macam korang rapat dengan wak dm (dewan makan) ... hahahha


PESANAN KEPADA BATCH AKAN DATANG :
- enjoy your life
            - buat kenangan bersama warga kampus
            - jangan hanya kelas-kolej-kafe-katil

kalau rasa nak give up, cepat jumpa lecturer atau kaunselor minta kata-kata semangat

jangan kejutan budaya sangat, sebab kat sini nanti kau akan jumpa pelbagai manusia dengan latar belakang berbeza, ada instafamous, artis, anak dato. Tan sri, budak kampung, budak bandar, budak sosial, budak beragama… so jaga batas pergaulan, agama, tudung, ikhtilat pebenda semua tu.

jangan buat hal dengan warga kolej seperti pensyarah, polis bantuan, pegawai kolej mahupun warga kampus yang lain

kalau rasa benci sangat dengan sesuatu, cari satu sebab untuk kau suka dengkil dan bertahan dengan itu

 ---------------------------------------- 

So ini lah sebahagian yang aku dapat kongsikan dengan semua.

Sorry kalau tak banyak gambar , banyak point yang tak berapa penting, etc.
Basically, banyak je ex-Dengkilians cerita pasal pengalaman dorang dekat internet. Jadi boleh la gabung mana-mana input yang bermanfaat.

Dan segala info yang aku share pun based on pengalaman sebagai budak Asasi Dengkil dan budak Sains, jadi kalau ada maklumat yang kurang tu, aku minta maaf sebab knowledge aku pun ada limit juga, aku bukan pegawai UiTM Dengkil tu sendiri yang boleh bagi banyak maklumat.

Yang penting korang kena tahu basic sebelum masuk Pusat Asasi UiTM, Kampus Dengkil ni je, lepas dah masuk, explore la puas puas sampai nanti last day air mata kau banjir rasa tak nak balik walaupun mulanya kau tak ada pun rasa kau akan jiwang dengan tempat ini.

#goodluckbatch18/19

-----------------------------------

Antara view view Dengkil ;


ni padang yang akan sesak bila dah habis exam. malam malam pun sesak juga. nama dia special, dah jadi Dengkilians baru boleh tahu... hahahha 


bawah ni semua view dari bilik aku Tualang 3 yang nampak sebahagian kampus sebab kitorang blok belakang sekali..









ni la blok selama 2 semester paling carut juga la sebab belakang. tapi fun sebab kau boleh enjoy view lawa. Bilik aku yang depan tingkat 4 (4 dari atas belah kanan)
ni la ghopernya bila dah habis exam. siap ada prop lagi disediakan untuk bergambar

for more view sila lawat blog | ini ini | dan banyak lagi di internet...


Sekian dari saya...



***

Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil 

|| Part 1 || Part 2 || Part 3 ||

***



P/S : 80% gambar dari google and im so sorry kalau ada gambar yang bertuan because i cant reach all the sources.. so, credit to owner #dengkilperform


tags : uitm dengkil, mds uitm, dengkil, asasi dengkil, asid, asasi uitm, minggu destini siswa, upu, asasi sains, asasi undang undang, law, tesl, engineering, kejuruteraan, dengkilperform,