Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil | Part 2

Holla.
Ini sambungan dari pada | Part 1 | tentang ""Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil"


|| Part 1 || Part 2 || Part 3 ||

--------------------------------------------------------

MINGGU DESTINI SISWA (MDS)
minggu orientasi
- kebiasaannya 3 hari
            - rujuk pada surat tawaran bila nak kena daftar
            - hari daftar lain lain bagi setiap course

- pakaian
            hari pertama daftar pakai baju kasual 
            hari kedua 
                        - baju formal hitam putih + kasut kulit
                        - tangkap gambar kad pelajar
                        - tshirt sukan hitam/putih berkolar untuk taklimat malam
                        - kasut sukan
           
hari ketiga
                        - depends
                                    - baju formal warna bebas + kasut kulit
                                    - kalau terlibat dengan acara perasmian penutup (selalu budak law)
                                                - formal baju hitam putih macam hari kedua
                                                - lelaki dapat tie purple, perempuan tudung purple

- aktiviti 
            proses pendaftaran 
                        - hantar segala borang yang telah diisi
                        - pastikan segala borang lengkap dan sediakan backup borang kosong kalau ada salah
            taklimat universiti
                        - pasal kolej
                        - pendafatran aktiviti koko
                        - peraturan universiti
                        - pendaftaran library
                        - tarikh penting seperti inspection
           
tiada aktivti pelik macam nyanyi atau chicken dance 
                        - depends pada fasililator
           
solat berjemaah
                        - kena tahan sikit panas dan sesak pusat islam sebab serentak laki perempuan satu kampus hampir 1000-2000 pelajar di tempat yang sama
           
aktiviti bermula seawal jam 5 pagi dan habis sekitar 1-2 pagi
                        - semua orang penat, jadi jangan buat hal

- kalau boleh bawa sebahagian barang yang nak dibawa sebab selalu datang kali kedua yang dah nak mula kelas tu, mak ayah dah tak iring dah bagi yang rumah jauh.

- jaga barangan berharga sebab masih belum mengenali antara satu sama lain lagi.

gambar hiasan


ELAUN
- mulai batch 17/18, elaun hanya untuk keluarga berpendapatan rm10 ribu ke bawah, so kalau rasa nak masuk asasi sebab ada elaun, anda salah.

- elaun sebanyak rm1925 dibayar untuk setiap semester, maknanya anda akan dapat dalam rm4000 untuk 2 semester
            - dibayar per semester
                        - semester 1 akan dapat pada penghujung sem 1

                        - elaun semester 2 akan dapat dalam 2,3 minggu lepas bermula semester 2


PERBELANJAAN
- basically, harga makanan anjung dalam rm5-7 sahaja
- bergantung kepada individu macam mana, selalu elaun tu cukup je kau hidup 
- bantuan kewangan ada disediakan jika ada masalah kewangan
            - kupon makanan ada di pejabat hep
            - boleh mohon zakat pelajar yang diuruskan oleh bahagian hal ehwal islam universiti 
- sila bagitahu lecturer / kawan jika ada masalah, jangan simpan


PENGANGKUTAN
- dalam kampus
            - jalan kaki 
                        - kawasan kecil - 5 minit jalan kaki
           
- bas balik kampung
                        - transiswa - daftar bila nak balik raya, cuti sem

- luar kampus
            - bas awam
                        - 30 minit setiap trip
           
- putrajaya sentral
                        - hentian bas ekspress
                        - erl (train laju) klia- kl sentral
           
- grab/uber
                        - depends pada permintaan
                        - kekadang budak uni kena blacklist sebab kurang ajar
           
- sewa kereta 
                        - contact banyak nanti korang dapat


KEDAI MAKAN
- anjung dengkil
            - 2 tingkat
                        - tingkat atas - waffle, kedai kek
                        - tingkat bawah - masakan panas - nasi campur - chicken chop bajet
- mall
- kedai tomyam
            - malee tomyam
            - ml tomyam
            - sri manis tomyam

- kedai mamak
            - madina
            - lupa nama

- kfc, ayamas
- pasar malam
            - depan kampus
                        - khamis - pasar tani
                        - sabtu - pasar malam
            - pekan dengkil




KEDAI KEDAI
- dekat kawasan perumahan
            - kedai runcit
- pekan dengkil
            - kedai kasut
            - 99 speedmart
            - supermarket
- kedai gunting rambut
- kedai gadjet murah
- kedai telefon
- bundle 
            - pasar malam
            - ahad malam


TEMPAT BERHIBUR
- Mall
- Dpulze / IOI City Mall / Alamanda. Kalau rasa nak pergi mall jauh jauh boleh sewa kereta atau sapa yang ada kereta sendiri tu sila lah.

Taman cabaran - sini dia provide kawasan untuk main skateboard dengan wall climbing

- Putrajaya
            - tasik putrajaya
            - mcdonalds
            - masjid

Cyberjaya
            - fast food restaurant
            - kedai hispter







--------------------------------------------

sambungan > | Part 3 |

--------------------------------------------

***

Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil 

|| Part 1 || Part 2 || Part 3 ||

***



P/S : 80% gambar dari google and im so sorry kalau ada gambar yang bertuan because i cant reach all the sources.. so, credit to owner #dengkilperform


tags : uitm dengkil, mds uitm, dengkil, asasi dengkil, asid, asasi uitm, minggu destini siswa, upu, asasi sains, asasi undang undang, law, tesl, engineering, kejuruteraan, dengkilperform,

Post a Comment

10 Comments

  1. Assalamualaikum. Saya nk tanya kalau pendapatan parents lebih dri 10000 mmg x kn dpt elaun lgsung ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya tak dapat based on yang baru punya syarat, but i dont know if 2019/2020 syarat tukar lagi.

      Delete
  2. Sy nk tnya.. kalu sy dah sahkan merima tawaran tu memang sy dh konfirm kea jdi student kat situ nnti.. or masa nk dftar nanti dia ad something like exam untuk mnnentukan klayakan lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang dah sah. tinggal daftar kunci dan serah borang sahaja.

      tapi kena ingat sekiranya terdapat penipuan maklumat atau selepas ini melanggar etika dan tatatertib pelajar, pihak uitm berhak menggugurkan status pelajar dari institusi.

      Delete
  3. Nak tanya lah asasi ni ada second intake ke? Especially asasi law dan about yuran tu 1000lebih tu kita kena bayar dulu ke? Sebab hujung sem baru diaorng bank in duit. Please help me I need more information about pengambilan pelajar asasi dan proses pembayaran yuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Ya, Asasi ada second intake tetapi hanya untuk Asasi Law sahaja.
      Tapi sama ada untuk Law KPM atau Law UiTM, saya lupa yang mana satu.

      Ya, yuran memang kena bayar dulu sebab kalau nak tunggu elaun KPT memang lambat sebab hujung sem 1 baru biasa dia bayar selepas semua permohonan pelajar diproses.

      Dan yuran tu penting untuk pendaftaran course, kalau tak daftar course, sistem e-learning UiTM iaitu I-learn tak boleh diakses, di samping pendaftaran exam juga tak boleh dilaksanakan.

      Maka, sekiranya ada masalah berkaitan pembayaran yuran, sila segera hubungi Pihak Bendahari UiTM Dengkil bagi mendapatkan tindakan selanjutnya seperti penangguhan pembayaran yuran atau tindakan-tindakan lain.
      Pihak UiTM akan bantu pelajar selesaikan masalah ini, jangan risau.

      Delete
  4. As salam.. Auntie nak tanya, betul ke untuk intake sessi 2 (Dec) student tak dapat elaun.. elaun hanya untuk intake sessi 1(jun) saja?

    ReplyDelete
  5. wassalam. kalau ikutkan sebelum sebelum ni, yang sesi 2 pun ada elaun juga, bila daftar nanti pihak uitm akan aturkan pengisian dan penghantaran borang tu semua.. tapi untuk batch 2019/2020, saya tidak pasti.

    Mungkin boleh rujuk pihak UiTM Dengkil secara terus atau pihak KPT yang menguruskan bantuan pelajar asasi ini.

    ReplyDelete
  6. Untuk bantuan kewangan asasi tu untuk semester 2 tak boleh mintak dah ke..diorang tak buka dah permohonan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan kewangan asasi ataupun lebih disebut sebagai elaun asasi ni memang sekali je permohonannya, waktu semester 1, sebab dia akan bagi elaun untuk sepanjang pengajian asasi yakni semester 1 dan semester 2. Dia bukan mohon sem 1, untuk sem 1, kemudian mohon lagi untuk sem 2, konsepnya tidak begitu.

      Katakanlah awak tak layak atau terlepas untuk memohon waktu memula masuk asasi, memang tak akan ada pembukaan untuk sesi kedua sebab memang sekali je permohonannya, setahu saya.

      Delete

Setiap kata adalah doa.
[ Untuk maklum balas yang pantas, sila email : thebigsengkuang@gmail.com ]