Pengalaman Peribadi Hadiri Temuduga Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor



Entri kali ni adalah untuk aku kongsi pengalaman dan tips aku pergi temuduga untuk Pinjaman Yayasan Selangor. Perkongsian ini berdasarkan permohonan aku untuk Ijazah Sarjana Muda (Degree).


Nota : Semua yang dikongsikan adalah maklumat berasaskan tahun entri ditulis dan bersandarkan kepada pengalaman pemohon serta rujukan dari beberapa blog lain di internet. Penulis bukanlah pegawai pinjaman atau mempunyai sebarang tugas khas dalam Yayasan Selangor. Sekiranya terdapat info yang tidak dapat dijawab, mohon rujuk secara langsung dengan pegawai Yayasan Selangor.

Dalam Malaysia ni ada banyak jenis pinjaman dan biasiswa, korang boleh check dengan laman web AfterSchool : afterschool.my . Cuma antara layak dengan tak layak je lah.. Hahahaha

credit : afterschool.my
Antara pinjaman yang ada adalah PTPTN, MARA, Bank Rakyat, Yayasan Negeri dan juga pinjaman bawah kerajaan negeri.
Jadi, macam aku, aku mohon Yayasan Selangor iaitu termasuk di bawah kategori Yayasan Negeri.

Basically, semua negeri ada Yayasan mereka sendiri untuk anak kelahiran negeri itu, memandangkan aku rakyat Selangor, maka aku mohon Yayasan Selangor lah, takkan tetiba nak mohon Yayasan Pahang pula,, kau dah kenapa kan..


Untuk permohonan Yayasan Selangor, boleh rujuk laman web Yayasan Selangor sendiri; yayasanselangor.org.my , dekat situ lengkap semua daripada panggilan permohonan, syarat dan juga borang.



Dalam setahun, Yayasan Selangor ada 2 panggilan permohonan iaitu ; Februari dan Ogos. 
Ini apa yang pihak Yayasan Selangor bagitahu waktu aku telefon haritu. Jadi sesiapa yang berminat tu kena alert la dengan panggilan permohonan tu sebab semua ada dekat website Yayasan Selangor (rujuk link atas).

Okay lepas korang siap isi borang semua, tunggu je lah dia telefon untuk maklumkan sama ada korang layak atau tak untuk ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat temuduga. Ya, pinjaman ni ada temuduga, jadi jangan expect terus dapat ya wahai anak muda sekalian. Selalu temuduga dia dalam 2 bulan selepas permohonan ditutup.


Tips Temuduga Pinjaman Yayasan Selangor

Tips ni pun aku cedok dari blog lain yang dah ada pengalaman, so kira ni tips turun temurun lah. Dari A ke B, B ke C dan seterusnya sehingga ke generasi akan datang.


Tips 1 : Sediakan semua dokumen yang diminta selengkapnya.
Temuduga ni mesti dia akan suruh bawa sijil-sijil asal akademik korang sebab waktu isi borang haritu, korang dah bagi salinan sijil akademik. Jadi ni bawa yang asal. Susun ikut tahap akademik, dari peringkat SPM, kemudian Asasi / Matrik / Diploma dan seterusnya.

Tips 2 : Bersiap sedia dengan soalan.
Soalan ni bersifat subjektif tapi tema dia selalu sama saja. Pusing mana pun dia selalu tanya pasal diri kau, universiti kau, Yayasan Selangor dan negeri Selangor itu sendiri.
Depends pada penemuduga dia nak tanya yang mana,, tapi pusing pusing memang soalan ni je dia tanya...

                       Bahagian negeri Selangor 
                                 1. nama sultan dan kerabat
                                 2. jumlah dan nama daerah
                                 3. struktur kerajaan negeri selangor - menteri besar, timbalan, adun, exco negeri
                                 4. nama istana diraja, masjid diraja
                                 5. apa yang menarik pasal selangor
                                 6. isu semasa negeri

                       Bahagian Yayasan Selangor 
                                 1. Struktur Yayasan Selangor - organisasi atasan Yayasan Selangor
                                 2. Aktiviti Yayasan Selangor
                                 3. Info-info terbaru Yayasan Selangor

                      Bahagian universiti 
                                  1. Nama Canselor
                                  2. Nama Naib Canselor
                                  3. Nama Dekan
                                  4. Background pasal course kau - rancangan jangka masa panjang
                                  5. Isu semasa universiti
                                  6. Latar belakang universiti - apa menarik, pengalaman    

                    Bahagian diri peribadi
                                  1. Latar belakang keluarga
                                  2. Pencapaian akademik
                                  3. Kenapa pilih Yayasan Selangor           

Tips 3 : Berpakaian kemas
Nama pun temuduga, haruslah kena berpakaian kemas supaya sedap mata memandang. Kan nak minta duit orang, kena la rupa elok sikit.

Tips 4 : Datang awal
Ni penting la supaya kau boleh ada backup kalau buatnya kau sesat ke, jalan sesak ke, atau tetiba ada masalah ke, sempat lagi prepare apa yang patut. Jangan temuduga pukul 10 pagi, kau baru nak gerak keluar dari rumah pukul 10 pagi, dapat pula rumah Sabak Bernam. Memang kirim salah lah weh dengan temuduga tu..

Tips 5 : Kelebihan untuk Anak Yayasan Selangor.
Bagi sesiapa yang pernah jadi anak Yayasan Selangor sebelum ni waktu zaman persekolahan, sila la mention dan up sikit nama korang sambil puji Yayasan Selangor punya program sebab Yayasan Selangor memang dah mention dia akan utamakan bekas pelajar Yayasan Selangor terlebih dahulu. So ini ala ala cable korang lah ni.

Tips 6 : Buat lah persediaan selengkapnya. 
Ini pun salah satu perjuangan sebab dalam beratus yang mohon, berapa ketul je diterima, jadi buatlah persediaan selengkapnya. Zaman sekarang sapa je nak bagi duit kat orang.


Dan untuk keputusan penuh sama ada korang layak atau tidak untuk dapat pinjaman, kebiasaannya keputusan temuduga akan keluar dalam masa 3-4 minggu. Kemudian kena selesaikan semua urusan Perjanjian Pinjaman dalam masa 1-2 minggu.
Memang agak kucar kacir sikit kehidupan lagi-lagi kalau kau tengah sumbung study.


Jadi selepas confirm dapat pinjaman :
    1. Pergi pejabat Yayasan Selangor dekat Petaling Jaya ambil dokumen Perjanjian 
    2. Buka akaun bank - AMBANK (sila bawa surat tawaran sebab dia crosscheck dengan pihak yayasan)
    3. Selesaikan semua urusan PENJAMIN 1, PENJAMIN 2, PEMOHON
    4. Matikan setem dekat LHDN untuk semua set perjanjian

Okay ni aku rasa penting sebelum kau nak mohon Pinjaman Yayasan Selangor...
(tapi aku tak pasti boleh share ke tak info ni, kalau dilarang, aku akan delete kemudian)
Antara syarat-syarat penjamin 1 dan penjamin 2 
  • Penjamin 1 dan Penjamin 2 tidak boleh suami isteri
  • Penjamin 1 dan Penjamin 2 mesti umur kena bawah 50 tahun - walaupun mak atau ayah yang jadi penjamin
  • Gaji Penjamin 1 dan Penjamin 2 perlu melebihi RM2,000
  • Penjamin hanya menjamin 1 peminjam dalam satu masa 
  • Penjamin boleh terdiri daripada mak/ayah, ahli keluarga atau mana mana warganegara Malaysia yang cukup syarat-syarat penjamin.
Jadi kalau rasa susah nak cari penjamin, disarankan tak korang cari la pinjaman yang lain, tak payah mohon.


Maka inilah sedikit sebanyak perkongsian aku mengenai pengalaman aku pergi temuduga Pinjaman Yayasan Selangor.

Kalau ada kekeliruan dan pertanyaan, boleh contact pihak Yayasan Selangor secara terus :


Yayasan Selangor
Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : +603-7669 1100
Fax : +603-7954 1790


Goodluck sapa yang nak mohon tu...

Korang jangan keliru antara pinjaman pelajaran Yayasan Selangor dengan pinjaman pelajaran negeri Selangor sebab ramai orang ingat dia sama, nama ada Selangor.
Macam pinjaman Yayasan Selangor, semua urusan melibatkan Yayasan Selangor selalunya berpusat di Menara Yayasan Selangor sendiri di Petaling Jaya sebelah Amcorp Mall.

Tapi kalau pinjaman pelajaran kerajaan negeri Selangor selalu dia akan berurusan di Pejabat SUK Shah Alam. So kena pandai bezakan, jangan pukul rata ingat sama. 








EDITED : Aku dapat weh Pinjaman Yayasan. Syukur.



credit image: http://www.ams-int.com/prepared-panel-interview/

tags : pinjaman pelajaran, pinjaman pelajaran yayasan selangor, pinjaman pelajaran kerajaan negeri selangor, pinjaman pendidikan, pinjaman negeri, yayasan negeri, afterschool, ijazah sarjana muda, soalan temuduga yayasan selangor, contoh soalan, temuduga pinjaman, cara mohon pinjaman, interview, soalan berkaitan negeri selangor, selangor darul ehsan

Post a Comment

43 Comments

  1. tumpang tanya, dekat borang permohonan, untuk jumlah pinjaman yang dipohon, kita kena letak sendiri jumlah yang kita ank ataupun ada jumlah yang dia dah tetapkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita isi sendiri tapi nanti kena lampirkan juga dokumen lampiran berkenaan kos pengajian untuk dia check relevan atau tidak nilai permohonan pinjaman

      Delete
  2. tumpang tanya, pinjaman ni ada interest ke? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjaman ni tiada interest, cuma ada caj 4% dari jumlah keseluruhan pinjaman sebagai caj pengurusan. Kiranya jumlah pembayaran penuh adalah sebanyak 104% daripada jumlah pinjaman sahaja. Tiada sebarang penambahan caj-caj lain selepas itu.

      Delete
  3. salam, pinjaman yayasan selangor ni berbeza ke dengan tabung kumpulan wang biasiswa negeri selangor? (tkwbns)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut makluman yang saya dapat, ya dia adalah berbeza kerana TKWBNS di bawah kerajaan Negeri, manakala Pinjaman Yayasan Selangor adalah di bawah Yayasan Selangor.

      dan proses pengurusannya juga berbeza lokasi di mana TKWBNS diuruskan di pejabat SUK Shah Alam,, sebaliknya Pinjaman Yayasan Selangor di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya seperti yang saya nyatakan di bahagian bawah post di atas.

      Delete
  4. temuduga dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. temuduga dalam bahasa melayu dan secara santai sahaja

      Delete
  5. dekat borang dia nak slip bukti kita dah bayar yuran belajar. kalau belum bayar and tak sertakan slip tu boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti sebab saya pun dah lupa sama ada saya ada sertakan slip pembayaran yuran atau tidak,, tapi yang pasti memang saya sediakan salinan maklumat kos keseluruhan pengajian..

      Rasanya lebih baik terus hubungi pihak Yayasan Selangor.

      Delete
    2. oh, terima kasih..

      Delete
  6. Assalamualaikum, saya nak tanya. Berapa lama nak tunggu pinjaman tu masuk ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk 1st payment, memang agak lambat sikit sebab dia proses semua details dulu, dalam lebih kurang 2-3 bulan juga la macam tu baru duit masuk.. then untuk semester seterusnya, dalam sebulan boleh dapat sebab dia akan proses bayaran 30 hari selepas tarikh peperiksaan diberikan kepada pihak Yayasan Selangor...

      Delete
    2. Oh macam tu ke, patutlah. Okk terima kasih 😊

      Delete
    3. *ada ralat, bukan tarikh peperiksaan, tapi tarikh keputusan peperiksaan bagi semeester sebelumnya. maaf.

      Delete
  7. Tumpang tanya penjamin 1&2 tuh wajib ke? Atau satu penjamin sahaja?

    ReplyDelete
  8. nak tanya, pinjaman yayasan selangor ni ade tak pengurangan bayaran balik ? cth kalo kita dpt 3.5 above, kene byr sikit jee . adeke ? dia mcm pinjaman boleh ubah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay im sorry sebab part yang pembayaran pinjaman ikut cpga tu memang i tak ingat dan tak sure.. tapi apa yang i sure adalah kalau student dapat 3.75 which is first class degree, then pinjaman tu akan bertukar biasiswa..

      Tapi untuk kadar pinjaman depends on result tu, im not really sure sebab i tak ingat if Yayaysan ada mention or not. Kalau ada info nanti, akan dikongsi di sini..

      Delete
  9. Hai, tumpang tanya, keputusan peperiksaan tu perlu dihantar ke mana ye? Emel yayasan selangor tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slip keputusan dihantar dalam masa 14 hari selepas keputusan dikeluarkan ke email Yayasan Selangor : tajaan@yselangor.com

      Kemudian duit akan dibayar kepada students dalam masa minimum 30 hari bekerja, selalu bila dah nak naik semester dapat dah duit.

      Delete
    2. Contohnya kalau saya emel keputusan pada 15/8, sepatutnya dapat bila?

      Delete
    3. boleh kira 30 hari bekerja yang mana tolak sabtu, ahad dan cuti umum bermula dari 16/8.

      minimum dalam 30 hari bekerja tapi kebiasaannya akan lewat sikit sebab proses pengeluaran duit tu ambil masa untuk disahkan :)

      Delete
  10. Salam, maaf kalau ada yang dah tanyakan..pinjaman yayasan ni ada pengurangan bayaran balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika dapat ijazah kelas pertama, 3.75 ke atas, pinjaman akan bertukar manjadi biasiswa

      Delete
  11. salam maaf nak tanya berapa ye jumlah yang diberikan untuk satu semester?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends berapa banyak pinjaman yang diluluskan dibahagikan dengan semester pelajar. macam saya, rm3000 per semester.

      Delete
    2. So maksudnya, kalau short sem pun tetap dibayar rm3000 per sem?

      Delete
    3. Owh ok2.. now i get it. Untuk diploma, Yayasan akan bayar rm4900 per year. So kalau dah dibayar rm3000 untuk sem awal pada tahun tersebut, maka balance rm1900 akan dibayar pada sem akhir tahun tersebut. Macam tu kan?

      Delete
    4. hi Aluna, im so sorry. Yang rm3000 tu based on my experience as I mohon untuk degree level, for diploma level, im not really sure macam mana pembahagian per semester sebab setahu saya diploma ada short semester kan. Maybe boleh rujuk terus pihak yayasan, im just sharing my experience only. Sorry again.

      Delete
  12. Macam mana nak tahu lulus temuduga atau tak? Dia bagi email ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dia akan call/sms bagitahu lulus temuduga dan boleh proceed ambil borang pinjaman.

      Delete
  13. Nak tanya klau diploma cost rm20,000 berapa agaknya dia bagi satu sem..
    Dan satu lagi ada elaun x mcm MARA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pinjaman pelajaran dibawah Yayasan Selangor tiada stated wang "sara diri". Maka hanya dibayar jumlah yuran kursus yang dipohon. Dari jumlah yuran yang kita dpt by semester tu lah kita kena pandai2 untuk memanfaatkannya. (Jika ada baki lah selepas bayar yuran)

      Delete
    2. benar. macam saya ada baki setiap sem selepas tolak yuran, duit baki tu la yang digunakan untuk sara diri atau disimpan untuk kegunaan lain.

      Delete
  14. Boleh saya tau tahun sebelum2 ni bayaran pertama tarikh bila eh?

    ReplyDelete
  15. Nak tanya..bayaran balik tu dalam tempoh berapa bulan..dan berapa kene bayar balik setiap bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan perjanjian yang lepas, bayaran balik bermula selepas 6 bulan tamat belajar, kiranya masuk bulan ke 7 lepas taman belajar kena start bayar balik ansuran. Kadar bayaran dalam rm200 lebih, tapi saya kurang pasti sama ada kadar itu mengikut nilai pinjaman atau memang dah tetap.

      Sekali lagi ni based on yang lepas, untuk maklumat latest, kena hubungi pihak Yayasan terus.

      Delete
  16. Tumpang tanya ini pinjaman boleh ubah kan? Tapi apa syarat2 untuk pinjaman boleh ubah jadi biasiswa.? Macam kalau pointer 3.5, 3.7, 4 apa peratusan bayarannya.

    ReplyDelete
  17. Hi nak tnya if pinjam for foundation boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya tidak boleh untuk pinjaman pada peringkat asasi. Tapi boleh pergi ke laman web Yayasan Selangor untuk tengok tawaran pinjaman yang ada.

      Delete
  18. hi nak tanya , lepas 1st payment ada kena buat apa apa dokumen ke ? macam pengesahan dah terima salinan pinjaman ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st payment yang dimaksudkan apa ya? Jika yang dimaksudkan adalah 1st payment merujuk kepada duit pinjaman yang diberikan oleh pihak Yayasan Selangor ke peminjam, setelah penerimaan duit, tak perlu lakukan apa apa. Kerana segalanya dah selesai setelah perjanjian pinjaman ditandatangani dan duit pinjaman diberikan kepada peminjam.

      Tetapi, keputusan peperiksaan setiap semester perlu dihantar ke emel pihak Yayasan Selangor untuk rekod mereka. Dan pemberian duit bagi semester berikutnya akan diproses. Contohnya, duit semester 1 akan dimasukkan setelah pinjaman diluluskan. Manakala duit bagi semester 2 akan diberikan setelah peminjam menghantar keputusan peperiksaan semester 1. Dan begitulah seterusnya untuk semester-semester kehadapan.

      Sekiranya keputusan peperiksaan tidak mencapai tahap yang diperlukan, pihak Yayasan Selangor akan menghentikan bayaran duit bagi semester seterusnya. Contoh, keputusan peperiksaan semester 2 sangat rendah, maka duit bagi semester 3 tidak akan diberikan.

      Delete

Setiap kata adalah doa.
[ Untuk maklum balas yang pantas, sila email : thebigsengkuang@gmail.com ]