Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil | Part 3

Holla.
Ini sambungan dari pada | Part 2 | tentang ""Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil"



|| Part 1 || Part 2 || Part 3 ||

--------------------------------------------------------

AKTIVITI DI KAMPUS
- tak busy
- depends on gender dan individu
            - lelaki - petang memang full court, 

- aktiviti koko berkupon (UPDATE : sekarang dah tukar jadi merit koko dengan scan student card)
            - kumpul kupon dalam kad koko 
            - student selalu berebut sebab tak banyak event yang dibuat dengan kapasiti yang besar
                        - masalah lokasi, masa

- aktiviti kelab 
            - pacc
            - film circle
            - kelab kelab lain

- hari hari aktiviti kolej
            - hari jualan
            - pameran
            - karnival sukan pusat asasi
            - the asasi games - semua uni. ada asasi
            - aktiviti lain 
                        - sambutan kemerdekaan
                        - sambutan hari raya

- aktiviti kelas
            - setiap kelas ada dana dia sendiri
            - boleh jalan jalan
            - jangan buat sem 2 - high demand

- bbq 
            - mohon kebenaran pada pihak uni
            - sewa peralatan pusat islam

antara rebutan ramai sebab berkupon

WEEKEND 
- bebas - tertakluk kepada uitm hanya pada weekdays
- boleh balik kalau rumah dekat
- disarankan untuk tidak balik jika ada program universiti (tapi ramai je balik selalu)



CUTI BAGI PELAJAR ASASI
- disebabkan asasi hanyalah 1 tahun sahaja, jangan expect cuti banyak ya
- kebanyakan sem 1 ada banyak cuti sebab banyak perayaan banding sem 2
- secara rasmi cuma ada 2 cuti sahaja (tidak kira cuti perayaan);
            cuti midsem - 1 minggu
            - cuti semester - 3-4 minggu


- tapi weekend adalah hari kebebasan untuk pelajar, so masih la korang ada cuti setiap minggu



KOMUNIKASI
- laman web pusat asasi (https://asasi.uitm.edu.my/)
- page / group facebook
- twitter
- whatsapp group
            - paling penting
            - akan ada 4 group utama setiap course
                        - akan ada keyboard warrior dan wartawan univ. selalunya
- group kelas
            - group rasmi pihak uni-class rep

notis
            - ditampal di papan kenyataan di kolej kediaman




selalu memang akan ada setiab batch group whatsapp besar dia macam ni


HUBUNGAN ANTARA PELAJAR ASASI
- disebabkan ada 4 asasi berbeza, memang memasing ada perangai sendiri dan selalu bergaduh

stereotype student (ni apa yang biasa orang nampak.. haha) : 

            sains - baik, nerd, patuh pada arahan, sopan (cewaahh)
           
engine - macam budak sains lebih kurang, tapi banyak nakal sikit lah sebab banyak lelaki 
           
law - hispter, fashionable, mandiri, bersemangat, yakin melontarkan pandangan, idola teruk
           
tesl 
                        - terlebih "meriah", selalu gaduh dengan budak law dan satu kampus
                        - kalau nampak ada bising, memang orang label sebagai "budak tesl"
                        - suka buat program dalam kampus - paling bagus untuk kutip kupon sebab diorang ni
                        - paling berani dan high confident level, tak sah kalau tak pelik dekat tempat umum


LIFE SEBAGAI PELAJAR ASASI
Agak sibuk sebab hanya setahun, dengan nak habiskan silibus, siapkan tutorial, assignment semua, tapi dah nama pun belajar kan... so far kalau pandai manage masa, semua okay sahaja sebab dalam sibuk pun, mostly budak Asasi memang tak lekang dari berhibur.

Ada je masa nak berhibur petang petang, beriadah, berjimba hujung minggu, malam,, asalkan segala kerja disiapkan, tak ganggu study dan orang lain,, dan tak effect result exam


CERITA SERAM DENGKIL
Ha yang ini pun penting juga semua yang nak masuk dengkil tu tahu, first sem memang macam macam korang akan dengar dari orang luar dan orang dalam kampus. Relaks je sebab benda ni kat mana-mana ada.
Dia ikut rezeki kau, macam batch 16/17 dia kena kat bilik dia tapi bila batch 17/18, kena kat bilik lain pula. So kau jangan la nak fikir bukan-bukan kalau bilik kau ada 'sejarah' cuma waspada saja. 

Memang ada kawasan kawasan panas yang dah diketahui oleh ustaz-ustaz Dengkil dah. So jangan nak cuak sebab memang ustaz ustaz semua duduk kat kuartes pensyarah bawah koleh Dahlia.
Memang awal awal selalu Dahlia akan heboh sebab biasalah bila rumah dah kosong lebih 3 bulan, kemudian yang masuk wanita pula, memang dia suka la kacau, Tualang pun ada ceritanya, jangan nak rasa selamat sangat wahai jejaka jejaka Dengkil, so far banyak juga lah yang kena kacau. Macam aku kata, dia ikut nasib kau. 

Selama aku kat Dengkil aku tak pernah kena apa apa lagi walaupun kawan aku ada yang dah kena kat bilik kami sendiri. Paling extreme yang aku nampak cuma orang histeria kat anjung dengkil waktu dia buat kerja berkumpulan. Tu jelah.
Yang extreme dengar terpekik terlolong tu aku tak pernah kena lagi kecuali yang melalak dengan waras memekak tengah malam tu selalu. Awal awal bila masuk lepas cuti panjang banyakkanlah membersihkan bilik tu dengan ayat ayat suci dan peribadi yang mula. 

ni paling tak nak jumpa la.

APA YANG MENARIK TENTANG DENGKIL ?
- langit dengkil
Ya memang satu satunya universiti malaysia yang ada langit hanyalah Dengkil.
Aku pun tak tahu lah kenapa terkenal sangatt langit dengkil padahal bila masuk dengkil aku tak sempat pun nak nikmati langit dengkil kecuali pada minggu-minggu terakhir nak habis asasi sebab tahu nanti rindu kawasan kampus

- tempat tempat yang sangat unik
ha ni korang kena explore sendiri tempat unik ni sebab kalau sebarkan kat public ni tak best lah, ada tempat nama dia unik, ada tempat yang memang terkenal dengan aktiviti yang student buat kat situ...

- makanan murah
- view lawa
- kawasan yang dekat dengan tempat nak berjimba
- kau jumpa merata orang baru dan orang lama yang berubah jadi orang baru
- tempat yang single jadi tak single dan yang couple jadi single
- macam macam masalah yang kau jumpa dan kau beradaptasi dengan masalah itu (mutant).. 
- peniaga anjung dengkil yang havoc nak mateeyy
kau baik baik la dengan dorang, banyak manfaat korang dapat macam korang rapat dengan wak dm (dewan makan) ... hahahha


PESANAN KEPADA BATCH AKAN DATANG :
- enjoy your life
            - buat kenangan bersama warga kampus
            - jangan hanya kelas-kolej-kafe-katil

kalau rasa nak give up, cepat jumpa lecturer atau kaunselor minta kata-kata semangat

jangan kejutan budaya sangat, sebab kat sini nanti kau akan jumpa pelbagai manusia dengan latar belakang berbeza, ada instafamous, artis, anak dato. Tan sri, budak kampung, budak bandar, budak sosial, budak beragama… so jaga batas pergaulan, agama, tudung, ikhtilat pebenda semua tu.

jangan buat hal dengan warga kolej seperti pensyarah, polis bantuan, pegawai kolej mahupun warga kampus yang lain

kalau rasa benci sangat dengan sesuatu, cari satu sebab untuk kau suka dengkil dan bertahan dengan itu

 ---------------------------------------- 

So ini lah sebahagian yang aku dapat kongsikan dengan semua.

Sorry kalau tak banyak gambar , banyak point yang tak berapa penting, etc.
Basically, banyak je ex-Dengkilians cerita pasal pengalaman dorang dekat internet. Jadi boleh la gabung mana-mana input yang bermanfaat.

Dan segala info yang aku share pun based on pengalaman sebagai budak Asasi Dengkil dan budak Sains, jadi kalau ada maklumat yang kurang tu, aku minta maaf sebab knowledge aku pun ada limit juga, aku bukan pegawai UiTM Dengkil tu sendiri yang boleh bagi banyak maklumat.

Yang penting korang kena tahu basic sebelum masuk Pusat Asasi UiTM, Kampus Dengkil ni je, lepas dah masuk, explore la puas puas sampai nanti last day air mata kau banjir rasa tak nak balik walaupun mulanya kau tak ada pun rasa kau akan jiwang dengan tempat ini.

#goodluckbatch18/19

-----------------------------------

Antara view view Dengkil ;


ni padang yang akan sesak bila dah habis exam. malam malam pun sesak juga. nama dia special, dah jadi Dengkilians baru boleh tahu... hahahha 


bawah ni semua view dari bilik aku Tualang 3 yang nampak sebahagian kampus sebab kitorang blok belakang sekali..









ni la blok selama 2 semester paling carut juga la sebab belakang. tapi fun sebab kau boleh enjoy view lawa. Bilik aku yang depan tingkat 4 (4 dari atas belah kanan)
ni la ghopernya bila dah habis exam. siap ada prop lagi disediakan untuk bergambar

for more view sila lawat blog | ini ini | dan banyak lagi di internet...


Sekian dari saya...



***

Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal Asasi UiTM Dengkil 

|| Part 1 || Part 2 || Part 3 ||

***



P/S : 80% gambar dari google and im so sorry kalau ada gambar yang bertuan because i cant reach all the sources.. so, credit to owner #dengkilperform


tags : uitm dengkil, mds uitm, dengkil, asasi dengkil, asid, asasi uitm, minggu destini siswa, upu, asasi sains, asasi undang undang, law, tesl, engineering, kejuruteraan, dengkilperform,

Post a Comment

36 Comments

  1. cantik kampus dengkil ni! kawan saya ada belajar situ dulu

    ReplyDelete
  2. anak sy sedang belajar asasi sains sem 1 sekarang.
    nak tanya part yuran tu
    utk sem 2 hanya bayar yuran kolej sahaja ke atau sekali lagi yuran pengajian + yuran kolej seperti sem 1.

    ReplyDelete
  3. Hai jumlah pelajar asasi sains d uitm slalunya brapa? N mostly pelajar straight As spm ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. around 500-600 if not mistaken, mostly daripada background yang cemerlang, straight As tu benda biasa dekat asasi.

      Delete
  4. Assalamualaikum.. nak tanya pendapat, kalau belajar dekat asasi dengkil ni, kita dah tak perlukan scholarship kan? I mean jika student tu dh dpt elaun.. pstu betul ke silibus pelajaran tu dikatakan sngt susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far start 2017, elaun hanya untuk pelajar dengan family gaji below 10K saja,, silibus more like to SPM tapi lebih dalam sikit lah, so far kalau study, okay je.

      Delete
  5. Kalau nak bersukan baju sukan pakai tshirt putih lengan panjang je ke? Atau boleh pakai baju
    sukan bebas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersukan yang mana ya ? dalam orientasi tak sempat rasanya nak ada aktiviti riadah. kalau ada pun, maybe akan pakai putih tapi ada je yang pakai baju lain, janji sesuai.

      Kalau untuk the whole year asasi tu kalau nak bersukan pakai je baju apa apa. tak ada sapa kisah. Tak ada etika pemakaian bila sukan tu tetiba pakai baju khas. Tak ada, dont worry. Selagi mana sopan, boleh la bersukan.

      Delete
  6. hi i nak tanya, sem 2 tak boleh tukar rumah ke eh ? mmg selama ni takde orang tukar rumah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelajar tidak dibenarkan untuk tukar rumah. tapi kalau ada masalah ke, boleh la rujuk dengan pensyarah kemudian pihak kolej sekirnya alasan untuk pindah tu betul betul munasabah.

      Maka, memang selama 2 semester tu akan duduk di rumah yang sama dengan housemate yang sama. Sebab borang kolej yang diisi waktu pendaftaran tu hanya akan dicheck-out bila habis asasi sahaja, yakni semester 2.

      Delete
  7. Hi , untuk satu intake budak engine biasanya berapa org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu intake tu ramai juga la, lebih kurang macam intake budak sains tak silap, dalam linkungan 600-700 orang atau lebih juga.

      Delete
  8. Second intake for law :’( rasa nervous pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. goodluck.. stay cool and enjoy your foundation journey...

      Delete
  9. Really enjoy reading your writing. I am a parent of an upcoming law student. Apparently, I am more curious about the campus than she does huhuhuu. This is a very good insight you have written. Well done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. I just hope I could help people out there to know more about UiTM Dengkil and feel so excited to be Dengkilians.

      Walaupun perkongsian seperti terlalu details dan banyak sangat benda nak bagitahu but yeah, I think people need to know everything about UiTM Dengkil. #Dengkildihatikuselamanya

      Delete
  10. nak tanya,tempat iron baju and iron takde ke? or kena bawa sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope, tak ada. semua sendiri sediakan.
      Boleh je 1 rumah tu share sama sama kalau rasa takkan sorang satu iron kan.. Tak silap kalau ikut rules pun, 1 rumah memang hanya boleh 1 seterika saja.

      Macam dulu, rumah saya ada 1 je iron, so kitorang serumah share pakai 1 tu je, plus kitorang boys yang jarang pakai iron, so 1 je bagi kitorang dah cukup.

      Tapi untuk girls, mesti banyak pakai iron kan, kalau rasa jenis memang pakai iron, so better ada sendiri or share share la dengan housemate or roomate. Dan kalau lebih dari kuota yang 1 rumah 1 iron tu, pandai pandai la guna sebijaknya, pandai guna pandai simpan. Hahahahaha....

      Delete
  11. Assalamualaikum. Just nak tanya if saya masuk asasi uitm then nak pursue my study which one is better..uitm or the other u? And is degree has interview?
    Anyway seram wehh..saya tengok time malam ni terus skip..huhu
    Thanks for this beneficial information. I've learn a lot bout dengkil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, sorry for the late reply, actually untuk cakap which one better bukanlah bidang saya sebab for me, semua sama sahaja mana-mana pun. Plus, mungkin course yang kita nak, UiTM tak ada, so nak tak nak kena pergi juga la ke universiti lain kan. Contohnya, saya sendiri bukanlah warga UiTM lagi untuk degree sebab course yang saya sambung ni tak ada di UiTM. So, soalan 'which one better' ini sangat subjektif,, tak mampu saya nak jawab

      Degree ada banyak pilihan course, ada yang ada interview, ada yang tidak. Kalau nak course yang 'laku keras', selalunya memang ada interview, dan sesetengah kemasukan kat certain universiti pun pakai interview. Depends lah pada course apa dan universiti apa. Ada je yang tak pakai interview pun.

      Delete
    2. Thankss a lot..n just wanna share that I got accepted in asasi dengkil!😁
      Alhamdulillah

      Delete
    3. Tahniah. Selamat menjadi warga #Dengkildihatikuselamanya. Hahaha. Selamat maju jaya untuk study nanti. :D

      Delete
    4. Sesi ni hanya Asasi Sains di Dengkil. Yg lain di Puncak Alam

      Delete
    5. ya, sayang sekali, untuk sesi ni, hanya Asasi Sains di UiTM Dengkil dan selebihnya berada di UiTM Puncak Alam. Tapi tak mengapa, kenangan boleh dicipta di mana-mana, cuma sayang tak dapat merasai nikmat Dengkil. Hahaha.

      Delete
  12. Terima kasih sb share maklumat ttg kampus ni. Bukan saya yg nk masauk tp saya ingjn tahu sgt. Mudah2an saudara dipermudahkn segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi baca nukilan yang tak seberapa ni. Dan terima kasih juga untuk doa tersebut. Wish me luck for my degree. :D

      Delete
  13. Nk tanya.. internet biasa student kat sini guna yg mcm mne ye? Hostel ada sediakan wifi or mcm mne? Sendiri2 ke...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Internet memang disediakan di seluruh kawasan kampus. Rangkaian internet kampus boleh tahan bagus, lagi lagi kalau dapat rezeki bilik yang line memang padu. Mana-mana kawasan kampus boleh nampak ada router wifi kampus. So far setakat untuk kegunaan study students, memang tak ada masalah pun.

      Delete
  14. haiii nak tanya , if habis asasi sains di dengkil ni , then utk degree kena sambung in uitm jugak ke ? ke boleh sambhng degree dekat uni lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi Sains UiTM merupakan asasi terbuka yang mana membenarkan pelajarnya untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda di mana-mana universiti tanpa tertumpu ke UiTM sahaja. Untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda, lepasan asasi sains UiTM perlu buat permohonan UPU, sama macam selepas SPM dahulu.

      Delete
  15. Lepas asasi Sains , bidang apa boleh ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Ada banyak bidang yang boleh diterokai disebabkan asasi sains uitm ni merupakan program terbuka. Untuk sambung degree nanti kena isi semula UPU dan boleh mohon apa saja bidang yang kita inginkan, dengan syarat course degree yang kita mohon nanti menepati syarat am dan syarat khas pengajian.

      Untuk tentukan course apa yang nak disambung kemudian, itu kena tanya pada diri sendiri sebab hanya tuan punya badan boleh tentukan apa yang dia minati dan bidang mana yang ingin diterokai.

      Delete
  16. Nk tanya,kan setiap course dlm 400 org,so lecturer akan panggil 400 org utk kelas dlm satu masa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruang kampus dengkil ni kecil sahaja, dewan kuliah paling besar pun paling ramai boleh masuk dalam 300 (ada 1), selebihnya dewan kuliah yang berkapasiti 200 ke bawah (ada 3). Dan kebiasaanya dewan kuliah digunakan untuk pelajar Law dan TESL sebab akan gabung dalam 3-4 kelas sekaligus (dalam 120 orang), itupun jarang lah, selalu kelas gabung antara 2 saja, dalam kapasiti 60 orang. Budak sains dan kejuruteraan selalu guna bilik kuliah saja. Jadi suasana belajar tu tak berapa ramai sangat, macam zaman sekolah dulu-dulu saja.

      Delete
  17. Assalamualaikum, good writing and informations. well done. just a quick question, roomate can mix student engine and science?

    ReplyDelete
  18. Mcmmne nk sebilik dgn kwn, ada 4 org

    ReplyDelete

Setiap kata adalah doa.
[ Untuk maklum balas yang pantas, sila email : thebigsengkuang@gmail.com ]