Cari 1 Sebab untuk Bahagia


Bahagia tu subjektif.
Setiap orang ada definisi sendiri terhadap 'apa itu bahagia'. 
Lain orang, lain dia punya cara untuk bahagia, bergantung pada individu itu sendiri.

Dan hidup ni pula macam roller coaster, kejap naik, kejap turun, kejap berpusing, kejap mendatar... 
Kadang kita akan rasa sedih, kadang rasa bahagia, kecewa, marah, sunyi dan lagi parah bila kita rasa give up dengan hidup dan hanya ingin mati.

Benda ni semua biasa berlaku untuk semua orang dan kalau ada yang kata dia tak pernah rasa macam macam perasaan, sah la dia bukan manusia, mungkin alien ? Hahaha
nampak, kejap berpusing, kejap naik, kejap turun kemudian mendatar,, sama macam hidup kita

Jadi apa yang aku nak share adalah, walau macam mana teruk hidup kita, macam mana kita benci hidup kita, cuba cari 1 sebab untuk kita bahagia dan bertahan dengan sebab itu. Macam awal awal aku kata, bahagia tu subjektif, maka dengan subjektifnya bahagia itu lah, cuba cari perkara yang buat kita bahagia dalam hidup walaupun hanya 1. Tapi kalau ada lebih pun okay juga kan...


Perkara yang boleh buat bahagia ni ikut pilihan masing-masing.
Contohnya, seorang A ni benci betul dengan hari Isnin sebab dia kena keluar pergi kerja, tapi dalam masa yang sama, setiap hari Isnin boss dia akan belanja nasi lemak, hanya pada hari Isnin,, dan dia suka makan nasi lemak free tu. Jadi, dekat sini, nasi lemak tu akan 1 sebab untuk si A kekal pergi kerja dan bersemangat jalani kehidupan walaupun pada realitinya hari Isnin tu memang menyeksakan dan menyusahkan bagi si A tadi. So, no matter how hard hari Isnin si A, dia tak akan kisah dan peduli sebab janji dia dapat nasi lemak free yang boss dia kasi. 

Pengakhirannya, si A akan lebih fokus dekat nasi lemak free boss dia daripada dia punya hari Isnin yang menyeksakan.

Perkara yang boleh buat bahagia ni kadang kala boleh jadi tak logik untuk diri kita dan juga orang lain, sebab korang mesti fikir, si A kat atas tu boleh je beli nasi lemak tu sendiri, tapi nak buat macam mana, si A tu akan terlebih bahagia bila dapat nasi lemak free boss dia sampai dia boleh abaikan semua benda yang menyusahkan dalam hidup dia. 

Ada orang dia punya sebab bahagia adalah manusia, ada orang mungkin pokok bunga, ada orang mungkin dinding bangunan, aroma kopi ataupun seekor binatang. Setiap orang ni berbeza, memang berbeza, sebab tu la rumitnya manusia dalam masa yang sama indahnya manusia ni diciptakan oleh Tuhan. 

*****

So far, untuk aku sendiri, dengan mengamalkan prinsip "cari 1 kebahagiaan di sebalik 10 kedukaan" memang membantu aku untuk survive. Sebab dengan ada 1 titik bahagia ni aku boleh lupa dengan 10 dukalara yang aku ada dalam hidup. Alhamdulillah, aku berjaya tempuhi hidup yang pada dasarnya bagi aku adalah sengsara.

Sebab bagi aku, bila aku dah ada at least 1 sebab untuk bahagia ni, aku akan fokus untuk benda ni berbanding perkara yang lain. Jadi banyak mana pun 'taik' yang menimpa aku, aku tak peduli sebab buat apa nak fokus benda benda yang buat pening kepala ni sedangkan ada benda lain yang boleh gembirakan hati.

Jadi, akhir kata, carilah kebahagiaan di dunia ini walaupun hanya sekelumit sebab tak ada guna untuk kekal berduka sedangkan kita semua berhak untuk bahagia.



Post a Comment

0 Comments