Dengkilians in Da House Yo !

Holla para peminat.. ahaks.
Lama juga la aku tak share apa apa, busy pun ya, idea kering pun ya.

Jadi kali ni aku nak share pasal satu tempat yang bernama ; Dengkil.



Pernah dengar pasal Dengkil ?

Well, Dengkil yang dulu bukanlah yang sekarang. Boleh la nampak beza sikit ada kemajuan walaupun pada dasarnya aku nampak macam sama je dari 3 tahun yang lepas.
Tapi sekarang pun orang tak berapa nak sebut Dengkil dah, memasing nak guna nama komersial, "Cybersouth". 

Kenapa 'Cybersouth' ?
Sebab Dengkil ni terletak di selatan Cyberjaya dan bersebelahan dengan Putrajaya.



Tak, sekarang kenapa cerita pasal Dengkil ?

Well, selama aku menghilang, aku bukan saja-saja hilang, aku sambung asasi.
Aku sambung Asasi Sains di Pusat Asasi UiTM, UiTM Dengkil, Selangor. 
Pergh, siap bold. Riak gila. Hahahahah....


Bagi yang tak tahu, UiTM ada 4 jenis asasi ; undang-undang, TESL,  kejuruteraan, sains.
Dan selama ni semua asasi ada dekat kampus yang berbeza macam asasi law dekat Kuantan, asasi sains dengan asasi kejuruteraan dekat Puncak Alam, TESL tak silap aku sebelum ni dekat Shah Alam (kalau salah sila inform).

Sebelum ni aku memang ingat bila sambung asasi nanti, akan masuk Palam (Puncak Alam) sebab Palam yang sekarang ni boleh tahan mewah juga la berbanding 6-7 tahun yang lepas tak ada benda dekat situ... seingat aku paling mewah pun dulu ada Econsave, Petronas dengan Mc Donald dekat simpang luar dan juga setakat kedai runcit bawah pokok beringin dekat simpang 3 maut.
Sekarang Palam sendiri dah ada Tesco, masjid, taman rekreasi, Petronas dekat dalam, foodcourt.


Tapi rupanya sekarang UiTM dah kumpulkan semua asasi yang dorang ada dekat satu kampus. UiTM Dengkil mula beroperasi sekitar Julai 2015. Masih baru dan aku kira batch yang ketiga belajar dekat sini, tapi kalau ikut batch yang memang full belajar dekat sin, aku batch kedua sebab batch pertama 15/16 cuma semester 2 je dekat Dengkil.

Kalau cerita pasal asasi ni, semua mesti aim budak-budak pandai jenis straight A kaw kaw padu. Tak bohong la memang banyak set yang pandai dekat Dengkil, tapi ada juga yang set biasa biasa.,, antaranya aku. Tapi bila bercampur dengan budak budak pandai ni, terasa pandai la juga...

Mostly budak yang sambung asasi ni terutama asasi Sains ni memang dorang aim nak sambung Medic, Pharmacy, Dentistry,, course yang memang perform teruk lah... Tapi ada juga yang berhaluan kiri yang mana anti-mainstream macam aku yang memang dari awal tak ada impian nak masuk course course tersebut. Jadi aku kurang sikit la tekanan nak pulun kaw kaw untuk bersaing dengan dorang semua.

Kebanyakan yang memang pilih jalan asasi sekadar fastline untuk sambung degree dan bukan nak sambung medic semua tu, agak relaks sikit la, sikit je la sebab tak ada rasa nak kena push bersaing ramai-ramai untuk dapat tempat sambung degree nanti. So kami wat lek wat pis je tengok kawan-kawan berkerut kepala timbul urat sebab nak bersaing each other.

kalau semua nak jadi doktor sapa yang nak jadi pesakit ?


Antara pengalaman menarik aku sambung asasi ni bila aku ligan sangat pergi join semua group whatsapp budak budak Dengkil semua course. Kena gelar keyboard warrior kot dengan dorang. Tapi tu lah famous dalam whatsapp je lah sebab realitinya mana ada orang kenal aku.. hahaha

Dari cara isi borang elaun KPT sampai pasal result, kalau tak nombor aku yang keluar kat whatsapp tu memang macam tak lengkap hidup.. sampai ada yang ingat aku pensyarah sebab duk ligan balas whatsapp orang. Roomate sendiri pun adore dengan aku sebelum kenal aku sebab dia macam pelik banyak sangat budak ni tahu, bila dah save number, kantoi yang suka memekak acah cool bagi info kat whatsapp tu roomate dia yang noobis di alam realiti. Hahaha 


Bahagia juga la sepanjang aku duduk Dengkil, berbunga bunga je rasa selama setahun tu. Hahaha. Orang kata kalau kita benci dengan hidup ni, kita kena cari satu sebab yang boleh buat kita suka dengan hidup dan pertahankan hidup kita dengan sebab tersebut. So, aku pun cari la 1 sebab tu dan syukur kekal bahagia walaupun hidup sebagai student ni kadang rasa macam nak give up je.


So far, aku ada buat entri untuk share segala info yang aku tahu based on pengalaman aku dekat Dengkil dulu untuk rujukan next generation of Dengkil.

// Apa Yang Orang Kena Tahu Pasal UiTM Dengkil PART 1 //


Hopefully membantu lah mereka-mereka yang memerlukan. Dont worry, Dengkil memang fun sekali dah masuk, memang tak lupa sampai tua.

Post a Comment

0 Comments